Seorang kontraktor, sebelum ia mula kerja-kerja menggorek jalan demi memasang kabel, hendaklah terlebih dulu membeli insurans “awam” atau“public liability”.

Pada masa yang sama, sesebuah kereta itu hendaklah juga mempunyai lindungan insurans. Insurans itu hendaklah jenis “third party” ataupun“comprehensive” (1st party).

Kalau tiada insurans, maka cukai jalan itu tidak dapat di keluarkan.

Jika tiada insurans bagi sesebuah kenderaan itu melanggar Seksyen 90 (1) Akta Pengangkutan Jalan ’87.

Kiranya anda ingin tahu lebih lanjut, ingatlah bahawa:

1) Anda boleh di denda RM1000.

2) Di penjarakan 3 bulan, atau

3) Kedua-duanya

4) Lesen anda boleh di gantung 12 bulan.

Baru-baru ini di Malaysia berlaku huru-hara mengenai masalah insurans “third party” untuk kenderaan 10 tahun ke atas.

Masalah ini nampaknya sudahpun selesai. Bank Negara telahpun mengkaji kadar bayaran yang sesuai untuk ke semua pihak.

Bagi pembaca-pembaca yang tidak tahu apa-apa tentang insurans kenderaan, ianya mudah sekali.

Kenderaan-kenderaan baru, yang masih lagi ada hutang-hutang ansuran, harus di lindungi insurans 1st party atau “comprehensive”.

Sekiranya kenderan itu di curi, maka pihak insurans akan bertanggungjawab untuk membayarnya. Demikian juga kalau ianya terlibat dalam satu-satu kemalangan, maka pihak insurans hendaklah membayar ganti-rugi bagi kenderaan tersebut.

Andainya kereta anda terlibat dalam satu-satu kemalangan, anda bolehlah membuat tuntutan terhadap kenderaan anda daripada syarikat insurans.

Selagi, andainya terdapat satu-satu pihak atau orang yang terlibat dalam kemalangan daengan kenderaan anda, maka pihak yang berkenaan itu dapat menuntut ganti-rugi terhadap syarikat insurans anda.

Selain itu, insurans 1st Party juga melindungi:

1) Pecahnya cermin depan serta cermin belakang kereta anda.

2) Ke semua glass-glass lain dalam kereta anda (termasuk jendela, “quarter mirror” dan lain-lain.

Walau bagaimanapun, terdapat syarikat-syarikat insurans melindungi (1) saja. Terdapat juga yang melindungi (1) dan (2) di atas.

Anda hendaklah menyiasat apakah yang di sediakan oleh syarikat insurans anda.

Sudah tentu insurans 1st Party itu lebih mahal.

Kalau hendak anda tahu bagaimana kiraan 1st Party kereta anda di kira, inilah kaedahnya.

Katakanlah anda hendaklah insurkan kereta anda untuk RM50,000. RM1000 pertama di kira dengan kadar RM252 lebih kuranglah.

Baki ribu-ribunya yang ada di kira RM26 per seribu. Jumlah bayaran anda adalah RM252 + (26 x 49)!

Harap anda akan keluarkan kalculator anda untuk membuat kiraan selanjutnya.

Insurans 3rd Party lebih murah di banding dengan 1st Party. Pada masa sekarang, jumlah bayaran 3rd Party adalah di lingkungan RM100.

Demi mengakhiri artikel pendik ini, harus di peringatkan bahawa anda berhak untuk di beri N.C.B. (No Claim Bonus) setiap tahun.

Tetapi, pastikan anda tidak membuat apa-apa tuntutan ke atas kenderaan anda daripada syarikat berkenaan.

Kadar N.C.B. di kira seperti senari di bawah (untuk kereta saja):

  • Tahun pertama 25% diskaun
  • Tahun kedua 30% diskaun
  • Tahun ketiga 33 1/3% diskaun
  • Tahun keempat 40% diskaun
  • Tahun kelima 55% diskaun
  • Sekian dahulu buat kali ini..sehingga berjumpa lagi..

    Wasallam.