Soalan:

Bolehkah syarikat insurans menolak tuntutan di bawah senario berikut?
(a) Kenderaan saya dipinjamkan kepada kawan yang kemudiannya ‘menghilangkan diri’ dengan kereta tersebut.
(b) Kenderaan saya yang diiklankan untuk dijual dan salah seorang calon pembeli membawa kereta untuk dipandu uji dan telah tidak memulangkannya.

Jawapan:

Kes-kes seperti ini adalah dianggap sebagai kelakuan jenayah pecah amanah dan menipu. Terdapat kecuaian juga di pihak pemilik kenderaan kerana tidak berhati-hati apabila menyerahkan harta benda kepada pihak lain. Kerugian/kerosakan yang timbul daripada kes-kes seperti ini tidak akan dibayar kerana ia dikecualikan di dalam kontrak insurans.