Soalan:

Dalam sesuatu kemalangan yang mana saya bukanlah pihak yang bersalah, bagaimana saya boleh membuat tuntutan terhadap pihak yang sebenarnya bersalah?

Jawapan:

Anda mempunyai pilihan sama ada untuk mengemukakan tuntutan pihak ketiga kepada syarikat insurans pihak ketiga, atau sekiranya anda mempunyai polisi Komprehensif, anda boleh membuat tuntutan terhadap syarikat insurans anda sendiri. Sekiranya anda membuat tuntutan kepada syarikat insurans anda sendiri, anda tidak akan kehilangan NCD dan tuntutan tersebut akan diproses lebih cepat memandangkan syarikat insurans anda telah mempunyai maklumat tentang latar belakang anda.

Walau bagaimanapun, anda perlu mengemukakan tuntutan `pampasan bagi masa pembaikan sebenar’ dan tuntutan bagi ganti rugi ekses kepada syarikat insurans pihak ketiga yang bersalah. Jumlah hari bagi pampasan untuk ‘masa pembaikan sebenar’ yang boleh anda tuntut adalah berdasarkan kepada jumlah hari yang diperlukan untuk membaiki kenderaan anda seperti yang ditentukan oleh pelaras kerugian yang dilantik untuk menilai kerosakan kenderaan anda.