Soalan:
Sekiranya saya membeli polisi motor komprehensif, adakah semua kerugian saya dilindungi?

Jawapan:
Tidak semua kerugian akan dilindungi oleh polisi komprehensif. Di bawah polisi komprehensif, anda akan dilindungi bagi tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga ke atas kematian, kecederaan tubuh badan dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh kenderaan anda. Anda juga akan dilindungi terhadap kerugian atau kerosakan ke atas kenderaan anda akibat kebakaran, kecurian atau sebarang kemalangan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak pengecualian. Anda perlu menyemak polisi anda terhadap pengecualian-pengecualian tersebut.

Anda juga perlu tahu bahawa kematian dan kecederaan tubuh badan pemandu dan penumpang kenderaan anda tidak dilindungi di bawah perlindungan komprehensif.