Anda baru sahaja membeli sebuah motosikal. Sebelum anda menggunakannya di jalanraya, di sisi undang-undang pemandu kenderaan perlu membeli insurans motor.
Statistik kemalangan motor yang terkini mendedahkan bahawa lebih 215,000 buah kenderaan telah terlibat di dalam kemalangan. Pada 1997, telah meningkat sebanyak 14 peratus daripada tahun sebelumnya. Oleh itu maka tidak hairanlah memiliki insurans motor adalah syarat wajib pada pemilik-pemilik kenderaan. Antara sebab utama kenapa kita perlu membeli insurans motor ialah untuk melindungi kenderaan kita apabila berlaku kemalangan yang boleh mengakibatkan kerosakan serius dan ianya merupakan kerugian jika tiada insurans untuk melindungi kenderaan kita atau pihak lain. Apabila kita membeli insurans motor, kita sebenarnya telah melindungi aset kita kerana pada hari ini kenderaan adalah aset kedua paling bernilai selepas rumah kita.