Kenapa Kita Perlukan Insurans Motor?
Posted by AZTIE DISTRIBUTION under Insurans Motor (edit this)

Anda baru sahaja membeli sebuah motosikal. Sebelum anda menggunakannya di jalanraya, di sisi undang-undang pemandu kenderaan perlu membeli insurans motor.
Statistik kemalangan motor yang terkini mendedahkan bahawa lebih 215,000 buah kenderaan telah terlibat di dalam kemalangan. Pada 1997, telah meningkat sebanyak 14 peratus daripada tahun sebelumnya. Oleh itu maka tidak hairanlah memiliki insurans motor adalah syarat wajib pada pemilik-pemilik kenderaan. Antara sebab utama kenapa kita perlu membeli insurans motor ialah untuk melindungi kenderaan kita apabila berlaku kemalangan yang boleh mengakibatkan kerosakan serius dan ianya merupakan kerugian jika tiada insurans untuk melindungi kenderaan kita atau pihak lain. Apabila kita membeli insurans motor, kita sebenarnya telah melindungi aset kita kerana pada hari ini kenderaan adalah aset kedua paling bernilai selepas rumah kita.

May 30, 2010
Manfaat Insurans Motor
Posted by AZTIE DISTRIBUTION under Insurans Motor, Soalan Lazim? (edit this)

Bagaimana boleh kita menerima perlindungan daripada insurans motor kita?

Untuk menerima perlindungan ini, kita sebagai pemegang-pemegang polisi, telah membayar premium kepada syarikat Insurans. Syarikat insurans akan mengumpulkan semua premium ke sebuah dana yang akan digunakan untuk dijadikan pampasan bagi setiap pemegang polisi yang mengalami kemalangan motor. Oleh itu, jika berlaku kemalangan, beban anda akan diringankan dengan kaedah dana tersebut. Itulah pentingnya insurans motor.

May 30, 2010
Jenis-Jenis Perlindungan Insurans Motor
Posted by AZTIE DISTRIBUTION under Insurans Motor, Soalan Lazim? (edit this)

Apakah Jenis-Jenis Perlindungan Insurans yang boleh didapati?
Pemilihan polisi insurans adalah serupa seperti memilih kenderaan. Ia diperlukan untuk keperluan individu dan gaya hidup kita tetapi yang paling penting ia memenuhi bajet kita. Dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah perlu sekurang-kurangnya kita ada perlindungan bagi pihak ketiga, tetapi untuk jenis perlindungan lain adalah pilihan.

Pada Akta itu, polisi insurans motor disarankan perlindungan minima adalah Pihak Ketiga yang diperlukan dalam undang-undang. Di luar Akta, pemandu kenderaan perlu membeli insurans motor untuk memastikan pemandu boleh melindungi kenderaan mereka jika berlakunya kemalangan atau kematian dalam kemalangan.

Insurans motor bagi Pihak Ketiga adalah lebih luas daripada Akta. Selain memberikan melindungi terhadap kematian dan kecederaan kepada pihak ketiga, ia menyediakan perlindungan kepada kenderaan untuk pihak Ketiga.

Dalam perlindungan pihak ketiga, pemegang polisi boleh memilih untuk memasukkan perlindungan kerugian atau kerosakan untuk kenderaan sendiri seperti kebakaran dan kecurian sahaja. Bagaimanapun, pemegang polisi mendapati dengan membayar lebih sedikit untuk mendapatkan perlindungan insurans motor komprehensif adalah lebih bermanfaat.

Polisi insurans bagi perlindungan komprehensif hanya meliputi pihak ketiga dan meliputi perlindungan bagi kerugian atau kerosakan untuk kenderaan sendiri seperti kebakaran dan kecurian sahaja. Polisi ini juga membolehkan syarikat insurans membaiki, menggantikan dan menggembalikan jika berlaku kerosakan atau kehilangan.

3 kategori utama perlindungan tambahan adalah

Retakan kaca pada cermin depan atau tingkap
Banjir, tanah runtuh atau bencana alam yang lain
Tindakan kecuaian (seperti penumpang membuka pintu kereta dan menyebabkan kemalangan)
Kereta persendirian untuk tujuan tuisyen (seperti mengajar pemandu baru bagaimana untuk memandu dengan menggunakan kereta persendirian)

May 28, 2010
Bolehkah syarikat insurans menolak tuntutan di bawah senario berikut?
Posted by AZTIE DISTRIBUTION under Insurans Motor, Soalan Lazim? (edit this)

Soalan:

Bolehkah syarikat insurans menolak tuntutan di bawah senario berikut?
(a) Kenderaan saya dipinjamkan kepada kawan yang kemudiannya ‘menghilangkan diri’ dengan kereta tersebut.
(b) Kenderaan saya yang diiklankan untuk dijual dan salah seorang calon pembeli membawa kereta untuk dipandu uji dan telah tidak memulangkannya.
Jawapan:

Kes-kes seperti ini adalah dianggap sebagai kelakuan jenayah pecah amanah dan menipu. Terdapat kecuaian juga di pihak pemilik kenderaan kerana tidak berhati-hati apabila menyerahkan harta benda kepada pihak lain. Kerugian/kerosakan yang timbul daripada kes-kes seperti ini tidak akan dibayar kerana ia dikecualikan di dalam kontrak insurans.

May 28, 2010
Mengapakah ini terjadi?
Posted by AZTIE DISTRIBUTION under Insurans Motor, Soalan Lazim? (edit this)

Soalan:

Apabila saya membuat tuntutan terhadap syarikat insurans kenderaan yang melanggar kenderaan saya, syarikat insurans berkenaan enggan membayar tuntutan saya kerana pemegang polisinya tidak membuat laporan. Mengapakah ini terjadi?

Jawapan:

Polisi insurans adalah kontrak di antara syarikat insurans dengan pemegang polisi. Sekiranya pemegang polisi tidak membuat laporan kepada syarikat insurans tentang sesuatu kemalangan, syarikat insurans tidak dapat melayan sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga memandangkan syarikat insurans tidak mempunyai kontrak dengan pihak ketiga tersebut.

Oleh yang demikian, syarikat insurans pihak ketiga akan hanya bertanggungjawab menyelesaikan tuntutan anda sekiranya pemegang polisinya mengarahkan syarikat insurans supaya berbuat demikian bagi sesuatu kerugian/ kerosakan dalam suatu kemalangan yang disebabkan olehnya.

Walau bagaimanapun, untuk memudahkan orang ramai, syarikat-syarikat insurans telah bersetuju untuk melayan tuntutan pihak ketiga walaupun pemegang polisi mereka tidak membuat laporan. Anda hanya perlu mengemukakan tuntutan untuk pertimbangan syarikat insurans dalam tempoh 14 hari dari tarikh kemalangan bersama-sama dengan dokumen-dokumen berikut:

a) satu salinan laporan polis;
b) satu salinan laporan polis pemegang polisi, jika ada;
c) jika (b) tidak ada, boleh diganti dengan Akuan Berkanun menyatakan kejadian kemalangan dan mengenal pasti bahawa kenderaan pemegang polisi adalah pihak yang terlibat dalam kemalangan; dan
d) satu salinan laporan penyiasatan polis atau maklumat daripada polis sebagai bukti bahawa pemegang polisi syarikat insurans tersebut adalah pihak yang bersalah dalam kemalangan.

May 28, 2010
Mengapakah syarikat insurans mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan tuntutan kecurian kenderaan saya?
Posted by AZTIE DISTRIBUTION under Insurans Motor, Soalan Lazim? (edit this)

Soalan:
Mengapakah syarikat insurans mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan tuntutan kecurian kenderaan saya?

Jawapan:

Syarikat insurans biasanya membayar tuntutan kecurian dalam tempoh enam bulan atau apabila siasatan polis telah selesai, mengikut mana yang lebih awal. Masa adalah diperlukan oleh syarikat insurans atau polis untuk membuat penyiasatan dan kemungkinan kenderaan terbabit dapat ditemui semasa penyiasatan.

May 28, 2010
Susutnilai sesebuah kenderaan
Posted by AZTIE DISTRIBUTION under Insurans Motor, Soalan Lazim? (edit this)

Soalan:

Walaupun kenderaan saya telah dibaiki selepas kemalangan, nilainya telah turun. Mengapakah saya tidak boleh membuat tuntutan terhadap susut nilai memandangkan saya tidak bersalah ke atas kemalangan tersebut?
Jawapan:

Ini adalah selaras dengan prinsip indemniti. Polisi insurans anda akan membayar gantirugi kerugian/kerosakan kenderaan anda dengan meletakkan anda pada keadaan yang sama sebelum kemalangan tersebut berlaku. Oleh itu, anda tidak boleh ‘mendapat keuntungan’ daripada penyelesaian tuntutan insurans.
Apabila kenderaan yang rosak itu dibaiki, ia akan kembali kepada keadaan asal sebelum kemalangan tersebut. Oleh yang demikian, isu berhubung dengan susut nilai tidak sepatutnya timbul.

6 Responses to “Soal Jawab Insurans”

  1. anie Says:

    adakah syarikat kurnia insurans cover windscreen depan dan belakang?


    1. anie…
      Bila kita beli insurans kereta dia akan cover keseluruhan body & spare part kereta termasuk w/screen.Tapi bila kita claim contohnya utk menukar w/screnn yang pecah,NCB(Non Claim Bonus) kita akan jadi 0 % tahun depan.Oleh kerana itu pengguna insurans bijak selalunya mengingsurankan separately untuk w/screen,bila w/screen pecah pengguna boleh claim hanya utk ins w/screnn saja,jadi NCB pengguna tersebut tidak ditolak thun depan.

  2. azmam Says:

    salam..
    ingin bertanya. saya telah mengalami kemalangan motosikal baru-baru ini. dalam kes ini, saya nyata bersalah kerana melanggar belakang lori,dan telah disaman. semasa membuat laporan polis, saya telah menyatakan semasa kemalangan, saya tertidur menyebabkan saya melanggar belkang lori dalam tidak sedar.
    motor saya telah dihantar ke bengkel dan ingin menuntut insuran motor dalam hal pembaikian.
    soalnya, apakah dengan laporan polis sebegitu, pihak insuran akan menerima atau menolak tuntutan saya?
    mohon berikan pendapat pada saya.
    boleh emel kpd saya,azmam@yahoo.com.
    trima kasih..

  3. Azri Says:

    kereta saya dilanggar oleh motorsikal di bahagian bumber dan bonet sebelah kiri.kenapa ncb saya turut terjejas?

  4. Daus Says:

    Sy nak bertaya…sy telah kemalangan dengan motor…adakah sy boleh membuat tuntutan insurance motor tersebut?


    1. Tuan bole buat tuntutan insurans motor tersebut selagi tarikh insurans motor tuan belum luput..dapatkan bantuan daripada agen atau syarikat insurans yg melindungi motor tersebut..

      TERIMA KASIH

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s